Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من تزوَّج قبل أن يحُجَّ فقد بدأ بالمعصيةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berkahwin sebelum menunaikan haji, dia telah bermula dengan maksiat.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 727, hadis no. 3707. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((من تزوج قبل أن يحج فقد بدأ بالمعصية)) [ابن خلاد في ((الفوائد))، عد، ابن بشران، خط، ابن الجوزي في ((الواهيات))، ((الضعيفة)) (222)]
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berkahwin sebelum menunaikan haji, dia telah bermula dengan maksiat. [Riwayat Ibn Khallad dalam al-Fawaid, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, Ibn Busyran dalam al-Amali, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn al-Jauzi dalam al-Wahiat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 222]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman