Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang berkahwin sebelum melakukan haji

Teks Bahasa Arab

من تزوج قبل أن يحج فقد بدأ بالمعصية

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Sesiapa yang berkahwin sebelum melakukan haji maka dia telah memulakan dengan maksiat”

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 103, hadis no. 3. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن أبي هريرة مرفوعا وفي إسناده: أحمد بن جمهور القرقساني ومحمد بن أيوب والأول يروي: الموضوعات والثاني: متهم بالكذب

Ibn Adi meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu (disandar kepada nabi) dan pada sanadnya terdapat perawi bernama Ahmad bin Jumhur al-Qarqasani dan Muhammad bin Ayyub. Perawi pertama meriwayatkan hadith-hadith palsu manakala perawi kedua dituduh berdusta.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.