TEKS BAHASA ARAB
حديث: من تزوج امرأة لعزها لم يزده الله إلا ذلة ومن تزوج امرأة لمالها لم يزده الله تعالى إلا فقرا ومن تزوج امرأة لحسبها لم يزده الله تعالى إلا دناءة ومن تزوج امرأة لم يتزوجها إلا ليغض بصره ويحفظ فرجه أو يصل رحمه بارك الله له فيها
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang berkahwin dengan wanita kerana kemuliaannya maka Allah SWT tidak akan menambahkan melainkan kehinaan. Sesiapa yang berkahwin dengan wanita kerana hartanya maka Allah SWT tidak akan menambahkan melainkan kefakiran. Sesiapa yang berkahwin dengan wanita kerana keturunannya maka Allah SWT tidak akan menambahkan melainkan penghinaan. Sesiapa yang berkahwin dengan wanita, tidaklah melainkan untuk menundukkan pandangannya, menjaga kemaluannya atau menghubungkan silaturrahim, maka Allah SWT memberkati padanya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 121, hadis nombor 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن حبان عن أنس وفي إسناده: عبد السلام بن عبد القدوس يروي الموضوعات وعمرو بن عثمان متروك.
وقد روى للأول: ابن ماجه.
وقد ثبت في الصحيح: تنكح المرأة لمالها وحسبها وجمالها.
Ibn Hibban meriwayatkan daripada Anas, di dalam sanadnya ada terdapat perawi bernama Abdul Salam bin Abdil Quddus yang meriwayatkan hadith-hadith palsu. Amru bin Uthman pula adalah perawi matruk.
Ibn Majah meriwayatkan daripada ‘Abd al-Sallam bin ‘Abd al-Quddus.
Telah sabit dalam hadith yang sahih dengan lafaz: Dinikahi wanita itu disebabkan hartanya, keturunannya dan kecantikannya.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.