TEKS BAHASA ARAB
من لقي الله وهو لا يشرك به شيئا؛ دخل الجنة، ولم تضر معه خطيئة كما لو لقيه وهو مشرك به دخل النار ولم ينفعه معه حسنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang berjumpa dengan Allah dalam keadaan dia tidak mensyirikkan-Nya dengan apapun, maka dia akan masuk ke dalam syurga. Satu kesalahan tidak akan memberi kesan buruk kepadanya, sepertimana jika dia berjumpa Allah dalam keadaan syirik maka akan masuk ke dalam neraka, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya satu kebaikan pun.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 683 – 684, hadis nombor 3516. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ لَقِيَ اللَّهَ وَهُوَ لَا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا؛ دَخَلَ الْجَنَّةَ، وَلَمْ تَضُرَّ مَعَهُ خَطِيئَةٌ كَمَا لَوْ لَقِيَهُ وَهُوَ مُشْرِكٌ بِهِ دَخَلَ النَّارَ وَلَمْ يَنْفَعْهُ مَعَهُ حَسَنَةٌ)) [حم، ((الضعيفة)) (5579)]
(Lemah) Daripada Abdullah bin Amru RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berjumpa dengan Allah dalam keadaan dia tidak mensyirikkan-Nya dengan apapun, maka dia akan masuk ke dalam syurga. Satu kesalahan tidak akan memberi kesan buruk kepadanya, sepertimana jika dia berjumpa Allah dalam keadaan syirik maka akan masuk ke dalam neraka, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya satu kebaikan pun.” [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5579]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.