Sesiapa yang berjimat, Allah akan berikannya kecukupan, sesiapa yang boros, Allah akan kurniakan kefakiran

TEKS BAHASA ARAB

من اقتصد أغناه الله، ومن بذر أفقره الله، ومن تواضع رفعه الله، ومن تجبر قصمه الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berjimat, Allah akan berikannya kecukupan, sesiapa yang boros, Allah akan kurniakan kefakiran, sesiapa yang tawaduk, Allah akan angkat dan sesiapa yang bongkak Allah akan jatuhkan (darjatnya).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 603 – 604, hadis nombor 3127. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن طلحة بن عبيد الله – رضي الله عنه -، قال: تمشى معنا رسول الله صلى الله عليه وسلم بمكة وهو صائم، فأجهده الصوم، فحلبنا له ناقة لنا في قعب، وصببنا عليه عسلا؛ نكرم به رسول الله صلى الله عليه وسلم عند فطره، فلما غابت الشمس ناولناه القعب، فلما ذاقه، قال بيده،كأنه يقول: ما هذا؟ قلنا: لبنا وعسلا، أردنا أن نكرمك به، أحسبه قال: ((أكرمك الله بما أكرمتني ))، أودعوة هذا معناها، ثم قال : ((من اقتصد أغناه الله، ومن بذر أفقره الله، ومن تواضع رفعه الله، ومن تجبر قصمه الله)). [البزار، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (2170)]

(Lemah)
Daripada Talhah bin Ubaidillah RA beliau berkata: Kami berjalan bersama Rasulullah SAW di Mekah dalam keadaan baginda berpuasa, lalu kami bawakan kepada baginda seekor unta dan membawakan bekas, lalu kami tuang untuknya madu, lalu kami muliakan Rasulullah SAW ketika baginda berbuka. Lalu apabila matahari telah terbenam kami hidangkan kepada baginda bekas tersebut. Apabila baginda merasanya, baginda mengisyaratkan dengan tangan baginda seolah-olah berkata: Apakah ini? Lalu kami menjawab: Susu dan juga madu, kami mahu memuliakan kamu dengannya. Lalu kami menyangka baginda bersabda: Moga Allah memuliakanmu kerana kamu telah memuliakanku.” Atau dengan ajakan yang berbunyi seperti ini. Kemudian baginda bersabda: ((Sesiapa yang berjimat, Allah akan berikannya kecukupan, sesiapa yang boros, Allah akan kurniakan kefakiran, sesiapa yang tawaduk, Allah akan angkat dan sesiapa yang bongkak Allah akan jatuhkan (darjatnya).))
[Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad dan al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2170]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.