Sesiapa yang berjalan untuk memenuhkan hajat saudara Muslimnya, Allah SWT akan menaunginya

TEKS BAHASA ARAB

من مشى في حاجة أخيه المسلم؛ أظله الله بخمسة وسبعين ألف ملك يدعون له، ولم يزل يخوض في الرحمة حتى يفرغ، فإذا فرغ؛ كتب الله له حجة وعمرة. ومن عاد مريضا؛ أظله الله بخمسة وسبعين ألف ملك، لا يرفع قدما إلا كتب له حسنة، ولا يضع قدما إلا حطت عنه سيئة، ورفع له بها درجة، حتى يقعد في مقعده، فإذا قعد غمرته الرحمة، ولا يزال كذلك حتى إذا أقبل حيث ينتهي إلى منزله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berjalan untuk memenuhkan hajat saudara Muslimnya, Allah SWT akan menaunginya dengan 75,000 malaikat yang mendoakan dirinya. Dan sentiasa berada di dalam lembayung rahmat Allah SWT sehingga dia selesai. Dan apabila dia telah selesai, Allah SWT akan menuliskan untuknya pahala haji dan umrah. Dan sesiapa yang menziarahi orang yang sakit, Allah SWT akan menaungkannya dengan 75,000 malaikat. Tidaklah dia mengangkat kakinya melainkan akan ditulis baginya satu kebaikan. Dan tidaklah dia meletakkan kakinya melainkan akan dipadam satu dosa darinya dan diangkat darjatnya, sehingga dia duduk di tempatnya. Apabila dia duduk, dia akan diselubungi oleh rahmat. Dan dia sentiasa dalam keadaan tersebut semenjak dia datang sehingga sampai semula ke rumahnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 102, hadis nombor 531. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن عبد الله بن عمرو وأبي هريرة -رضي الله عنهم- قالا: من مشى في حاجة أخيه المسلم؛ أظله الله بخمسة وسبعين ألف ملك يدعون له، ولم يزل يخوض في الرحمة حتى يفرغ، فإذا فرغ؛ كتب الله له حجة وعمرة. ومن عاد مريضاً؛ أظله الله بخمسة وسبعين ألف ملك، لا يرفع قدماً إلا كتب له حسنة، ولا يضع قدماً إلا حطت عنه سيئة، ورفع له بها درجة، حتى يقعد في مقعده، فإذا قعد غمرته الرحمة، ولا يزال كذلك حتى إذا أقبل حيث ينتهي إلى منزله.
[طس، ((الضعيفة)) (5315)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Abdullah ibn ‘Amr dan Abū Hurayrah RA, kedua-duanya telah berkata: Sesiapa yang berjalan untuk memenuhkan hajat saudara Muslimnya, Allah SWT akan menaunginya dengan 75,000 malaikat yang mendoakan dirinya. Dan sentiasa berada di dalam lembayung rahmat Allah SWT sehingga dia selesai. Dan apabila dia telah selesai, Allah SWT akan menuliskan untuknya pahala haji dan umrah. Dan sesiapa yang menziarahi orang yang sakit, Allah SWT akan menaungkannya dengan 75,000 malaikat. Tidaklah dia mengangkat kakinya melainkan akan ditulis baginya satu kebaikan. Dan tidaklah dia meletakkan kakinya melainkan akan dipadam satu dosa darinya dan diangkat darjatnya, sehingga dia duduk di tempatnya. Apabila dia duduk, dia akan diselubungi oleh rahmat. Dan dia sentiasa dalam keadaan tersebut semenjak dia datang sehingga sampai semula ke rumahnya.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5315]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs