Sesiapa yang berjalan untuk memenuhi hajat saudara muslimnya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "من مشى في حاجة أخيه المسلم كتب الله له بكل خطوة يخطوها سبعين حسنة ومحا عنه سبعين سيئة إلى أن يرجع _ إلخ".


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang berjalan untuk memenuhi hajat saudara muslimnya, Allah menuliskan untuknya setiap langkah yang dia berjalan, tujuh puluh kebaikan dan dipadamkan untuknya tujuh puluh keburukan sehingga dia kembali…hingga akhir hadith.


STATUS

Pada sanadnya perawi lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 75-76, hadis nombor 33. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الترمذي وابن ماجه عن أنس مرفوعا وفي إسناده عبد الرحيم ابن زيد العمي عن أبيه وليسا بشيء.

Al-Tirmizi dan Ibn Majah meriwayatkan daripada Anas bin Malik secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Abdul Rahim bin Zaid al-‘Ami daripada bapanya. Dan kedua-duanya dihukumkan sebagai laysa bi syai’.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs