Classification icon

Pada sanadnya perawi lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang berjalan untuk memenuhi hajat saudara muslimnya

Teks Bahasa Arab

حديث: "من مشى في حاجة أخيه المسلم كتب الله له بكل خطوة يخطوها سبعين حسنة ومحا عنه سبعين سيئة إلى أن يرجع _ إلخ".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang berjalan untuk memenuhi hajat saudara muslimnya, Allah menuliskan untuknya setiap langkah yang dia berjalan, tujuh puluh kebaikan dan dipadamkan untuknya tujuh puluh keburukan sehingga dia kembali…hingga akhir hadith.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Pada sanadnya perawi lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 75-76, hadis no. 33. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الترمذي وابن ماجه عن أنس مرفوعا وفي إسناده عبد الرحيم ابن زيد العمي عن أبيه وليسا بشيء.

Al-Tirmizi dan Ibn Majah meriwayatkan daripada Anas bin Malik secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Abdul Rahim bin Zaid al-‘Ami daripada bapanya. Dan kedua-duanya dihukumkan sebagai laysa bi syai’.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.