Sesiapa yang berjalan untuk membantu hajat saudara Muslimnya

TEKS BAHASA ARAB

من مشى في حاجة أخيه المسلم؛ كتب الله له بكل خطوة سبعين حسنة، ومحا عنه سبعين سيئة إلى أن يرجع من حيث فارقهم؛ فإن قضيت حاجته على يديه؛ خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه، وإن هلك فيما بين ذلك؛ دخل الجنة بغير حساب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berjalan untuk membantu hajat saudara Muslimnya, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pada setiap langkah itu sebanyak 70 kebaikan serta menghapuskan daripadanya 70 dosa sehinggalah dia pulang kembali dari tempat yang dia berpisah dengan mereka. Sekiranya hajat itu diselesaikan oleh dirinya, maka dosa-dosanya akan keluar seperti hari ibunya melahirkannya. Dan sekiranya dia meninggal dunia dalam tempoh itu (menguruskan keperluan saudaranya), maka dia akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 102, hadis nombor 530. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: من مشى في حاجة أخيه المسلم؛ كتب الله له بكل خطوة سبعين حسنة، ومحا عنه سبعين سيئة إلى أن يرجع من حيث فارقهم؛ فإن قضيت حاجته على يديه؛ خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه، وإن هلك فيما بين ذلك؛ دخل الجنة بغير حساب.
[الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5271)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berjalan untuk membantu hajat saudara Muslimnya, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pada setiap langkah itu sebanyak 70 kebaikan serta menghapuskan daripadanya 70 dosa sehinggalah dia pulang kembali dari tempat yang dia berpisah dengan mereka. Sekiranya hajat itu diselesaikan oleh dirinya, maka dosa-dosanya akan keluar seperti hari ibunya melahirkannya. Dan sekiranya dia meninggal dunia dalam tempoh itu (menguruskan keperluan saudaranya), maka dia akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab.
[Riwayat al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5271]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs