Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من مشى في حاجةِ أخيه المسلمِ؛ كتب اللهُ له بكل خطوةٍ سبعينَ حسنةً، ومحا عنه سبعين َسيئةً إلى أن يرجع من حيث فارقَهم؛ فإن قضيت حاجتُه على يدَيه؛ خرج من ذنوبه كيومِ ولدته أمُّه، وإن هلك فيما بين ذلك؛ دخل الجنةَ بغيرِ حسابٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berjalan untuk membantu hajat saudara Muslimnya, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pada setiap langkah itu sebanyak 70 kebaikan serta menghapuskan daripadanya 70 dosa sehinggalah dia pulang kembali dari tempat yang dia berpisah dengan mereka. Sekiranya hajat itu diselesaikan oleh dirinya, maka dosa-dosanya akan keluar seperti hari ibunya melahirkannya. Dan sekiranya dia meninggal dunia dalam tempoh itu (menguruskan keperluan saudaranya), maka dia akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 102, hadis no. 530. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: من مشى في حاجة أخيه المسلم؛ كتب الله له بكل خطوة سبعين حسنة، ومحا عنه سبعين سيئة إلى أن يرجع من حيث فارقهم؛ فإن قضيت حاجته على يديه؛ خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه، وإن هلك فيما بين ذلك؛ دخل الجنة بغير حساب. [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5271)]
(Terlalu Daif) Daripada Anas RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berjalan untuk membantu hajat saudara Muslimnya, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pada setiap langkah itu sebanyak 70 kebaikan serta menghapuskan daripadanya 70 dosa sehinggalah dia pulang kembali dari tempat yang dia berpisah dengan mereka. Sekiranya hajat itu diselesaikan oleh dirinya, maka dosa-dosanya akan keluar seperti hari ibunya melahirkannya. Dan sekiranya dia meninggal dunia dalam tempoh itu (menguruskan keperluan saudaranya), maka dia akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab. [Riwayat al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5271]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman