TEKS BAHASA ARAB
من مشى إلى غريمه بحقه؛ صلت عليه دواب الأرض، ونون الماء، وتكتب له بكل خطوة شجرة تغرس في الجنة، وذنب يغفر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang berjalan menuju penghutangnya bagi melunaskan haknya, binatang di bumi akan berselawat kepadanya beserta ikan Nun di dalam air serta ditulis bagi setiap langkahnya satu pokok yang ditanam di syurga, dosanya juga diampunkan.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 691, hadis nombor 3550. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- يقول: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من مشى إلى غريمه بحقه؛ صلت عليه دواب الأرض، ونون الماء، وتكتب له بكل خطوة شجرة تغرس في الجنة، وذنب يغفر)) [البزار، خط، ((الضعيفة)) (6466)]
(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berjalan menuju penghutangnya bagi melunaskan haknya, binatang di bumi akan berselawat kepadanya beserta ikan Nun di dalam air serta ditulis bagi setiap langkahnya satu pokok yang ditanam di syurga, dosanya juga diampunkan.” [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6466]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.