Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ مَشَى إِلَى غَرِيمِهِ بِحَقِّهِ؛ صَلَّتْ عَلَيْهِ دَوَابُّ الْأَرْضِ، وَنُونُ الْمَاءِ، وَتُكْتَبُ لَهُ بِكُلِّ خُطْوَةٍ شَجَرَةً تُغْرَسُ فِي الْجَنَّةِ، وَذَنْباً يُغْفَرُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berjalan menuju penghutangnya bagi melunaskan haknya, binatang di bumi akan berselawat kepadanya beserta ikan Nun di dalam air serta ditulis bagi setiap langkahnya satu pokok yang ditanam di syurga, dosanya juga diampunkan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 691, hadis no. 3550. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- يقول: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من مشى إلى غريمه بحقه؛ صلت عليه دواب الأرض، ونون الماء، وتكتب له بكل خطوة شجرة تغرس في الجنة، وذنب يغفر)) [البزار، خط، ((الضعيفة)) (6466)]
(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berjalan menuju penghutangnya bagi melunaskan haknya, binatang di bumi akan berselawat kepadanya beserta ikan Nun di dalam air serta ditulis bagi setiap langkahnya satu pokok yang ditanam di syurga, dosanya juga diampunkan.” [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6466]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman