Sesiapa yang berjalan menuju kepada orang yang berhutang dengannya secara hak

TEKS BAHASA ARAB

من مشى إلى غريمه بحقه صلت عليه دواب الأرض ونون الماء وتكتب له بكل خطوة شجرة تغرس في الجنة وذنب يغفر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berjalan menuju kepada orang yang berhutang dengannya secara haknya, maka seluruh haiwan di bumi akan berdoa ke atasnya. Begitu juga ikan di air turut mendoakannya, dan dicatat buatnya bagi setiap langkah sepohon pokok yang ditanam di dalam syurga serta dosa yang diampunkan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 135, hadis nombor 679. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنها قال: قال رسول الله ﷺ : من مشى إلى غريمه بحقه صلت عليه دواب الأرض ونون الماء وتكتب له بكل خطوة شجرة تغرس في الجنة وذنب يغفر. [البزار، خط، الضعيفة (6466)].

(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbās RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:Sesiapa yang berjalan menuju kepada orang yang berhutang dengannya secara haknya, maka seluruh haiwan di bumi akan berdoa ke atasnya. Begitu juga ikan di air turut mendoakannya, dan dicatat buatnya bagi setiap langkah sepohon pokok yang ditanam di dalam syurga serta dosa yang diampunkan. [Diriwayatkan oleh al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6466)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs