Sesiapa yang berjalan menceritakan keburukan manusia

TEKS BAHASA ARAB

من سعى بالناس؛ فهو لغير رشدة، وفيه شيء منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berjalan menceritakan keburukan manusia, maka dia berada dalam keadaan tiada petunjuk, dan padanya sedikit daripadanya (keburukan yang diceritakan).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 88, hadis nombor 442. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سهل بن عطية، قال: كنت عند بلال بن أبي بردة بالطف، فجاء الرعل، فشكا إليه أن أهل الطف لا يؤدون الزكاة، فبعث بلال رجلاً يسأل عما يقولون، فوجد الرجل يطعن في نسبه، فرجع إلى بلال فأخبره، فكبر بلال، وقال: حدثني أبي، عن أبي موسى -رضي الله عنه-: من سعى بالناس؛ فهو لغير رشدة، وفيه شيء منه.
[ك، هب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4605)]

(Lemah)
Daripada Sahl bin ‘Aṭiyyah beliau berkata: Aku berada di sisi Bilāl bin Abū Burdah di Ṭaf. Kemudian datanglah Ra’l, dan dia mengadu bahawa penduduk Ṭaf tidak membayar zakat. Maka Bilāl menghantar seorang lelaki bagi bertanya apa yang mereka katakan. Lalu dia menemui seorang lelaki yang mencela nasabnya dan kemudian dia pulang kepada Bilāl lalu memberitahu kepadanya. Bilāl pun bertakbir lalu berkata: Bapaku telah menceritakan kepadaku, daripada Abū Mūsā RA: Sesiapa yang berjalan menceritakan keburukan manusia, maka dia berada dalam keadaan tiada petunjuk, dan padanya sedikit daripadanya (keburukan yang diceritakan).
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab dan Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Damshiq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4605]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs