Sesiapa yang berjalan dalam menyelesaikan keperluan saudara seislamnya, Allah SWT akan menaungkannya dengan 75,000 malaikat

TEKS BAHASA ARAB

من مشى في حاجة أخيه المسلم حتى يقضيها له؛ أظله الله بخمسة وسبعين ألف ملك إن كان صباحاً حتى يمسي، وإن كان مساء حتى يصبح، ولا يرفع قدماً إلا كتب له به حسنة، ولا يضع قدماً إلا حط عنه به خطيئة، ويرفع له درجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berjalan bagi menyelesaikan keperluan saudara seislamnya, Allah SWT akan menaungkannya dengan 75,000 malaikat sekiranya ia (keluar) pada waktu pagi sehinggalah sampai ke waktu petang. Dan sekiranya ia (keluar) pada waktu petang (maka Allah SWT akan menaungkannya) sehingga ke waktu subuh. Dan tidaklah dia mengangkat satu kakinya melainkan akan ditulis buatnya satu kebaikan, dan tidaklah dia meletakkan satu kakinya melainkan akan dihapuskan daripadanya satu dosa serta diangkat baginya satu darjat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 59, hadis nombor 262. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر وأبي هريرة – رضي الله عنهم -، قالا: سمعنا رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((من مشى في حاجة أخيه المسلم حتى يقضيها له؛ أظله الله بخمسة وسبعين ألف ملك إن كان صباحاً حتى يمسي، وإن كان مساء حتى يصبح، ولا يرفع قدماً إلا كتب له به حسنة، ولا يضع قدماً إلا حط عنه به خطيئة، ويرفع له درجة)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (3332)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Umar dan Abū Hurayrah RA mereka telah berkata: Kami mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Sesiapa yang berjalan bagi menyelesaikan keperluan saudara seislamnya, Allah SWT akan menaungkannya dengan 75,000 malaikat sekiranya ia (keluar) pada waktu pagi sehinggalah sampai ke waktu petang. Dan sekiranya ia (keluar) pada waktu petang (maka Allah SWT akan menaungkannya) sehingga ke waktu subuh. Dan tidaklah dia mengangkat satu kakinya melainkan akan ditulis buatnya satu kebaikan, dan tidaklah dia meletakkan satu kakinya melainkan akan dihapuskan daripadanya satu dosa serta diangkat baginya satu darjat.))
[Riwayat Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3332].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs