Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منْ مشى في حاجةِ أخيهِ المسلمِ حتى يَقضيها لهُ؛ أظلَّهُ اللهُ بخمسةٍ وسبعينَ ألفَ ملَكٍ إن كان صباحًا حتى يُمسيَ، وإنْ كان مساءً حتى يُصبحَ، ولا يرفعُ قدمًا إلا كُتب لهُ به حسنةٌ، ولا يضعُ قدمًا إلَّا حُطَّ عنهُ بهِ خطيئةٌ، ويُرفعُ لهُ درجةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berjalan bagi menyelesaikan keperluan saudara seislamnya, Allah SWT akan menaungkannya dengan 75,000 malaikat sekiranya ia (keluar) pada waktu pagi sehinggalah sampai ke waktu petang. Dan sekiranya ia (keluar) pada waktu petang (maka Allah SWT akan menaungkannya) sehingga ke waktu subuh. Dan tidaklah dia mengangkat satu kakinya melainkan akan ditulis buatnya satu kebaikan, dan tidaklah dia meletakkan satu kakinya melainkan akan dihapuskan daripadanya satu dosa serta diangkat baginya satu darjat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 59, hadis no. 262. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر وأبي هريرة - رضي الله عنهم -، قالا: سمعنا رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((من مشى في حاجة أخيه المسلم حتى يقضيها له؛ أظله الله بخمسة وسبعين ألف ملك إن كان صباحاً حتى يمسي، وإن كان مساء حتى يصبح، ولا يرفع قدماً إلا كتب له به حسنة، ولا يضع قدماً إلا حط عنه به خطيئة، ويرفع له درجة)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (3332)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar dan Abū Hurayrah RA mereka telah berkata: Kami mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Sesiapa yang berjalan bagi menyelesaikan keperluan saudara seislamnya, Allah SWT akan menaungkannya dengan 75,000 malaikat sekiranya ia (keluar) pada waktu pagi sehinggalah sampai ke waktu petang. Dan sekiranya ia (keluar) pada waktu petang (maka Allah SWT akan menaungkannya) sehingga ke waktu subuh. Dan tidaklah dia mengangkat satu kakinya melainkan akan ditulis buatnya satu kebaikan, dan tidaklah dia meletakkan satu kakinya melainkan akan dihapuskan daripadanya satu dosa serta diangkat baginya satu darjat.)) [Riwayat Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3332].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman