Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang berjalan dalam menunaikan hajat saudara seislamnya

Teks Bahasa Arab

من مَشَى في حاجةِ أَخِيهِ المسلمِ؛ أَظَلَّهُ اللهُ بخَمْسَةٍ وسبعين ألفَ مَلَكٍ يَدْعُون له، ولم يَزَلْ يَخُوضُ في الرحمةِ حتى يَفْرُغَ، فإذا فرغ؛ كتب اللهُ له حَجَّةً وعمرةً. ومن عاد مريضًا؛ أَظَلَّهُ اللهُ بخَمْسةٍ وسبعينَ ألفَ مَلَكٍ، لا يَرْفَعُ قَدَمًا إلا كُتِبَ له حسنةٌ، ولا يَضَعُ قَدَمًا إلا حُطَّتْ عنه سيئةٌ، ورُفِعَ له بها درجةٌ، حتى يَقْعُدَ في مَقْعَدِهِ، فإذا قَعَدَ غَمَرَتْهُ الرحمةُ، ولا يَزالُ كذلك حتى إذا أقبل حيثُ ينتهي إلى منزلِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang berjalan dalam menunaikan hajat saudara seislamnya, Allah akan menaunginya dengan 75000 malaikat yang mendoakannya. Sentiasalah dia masuk ke dalam rahmat Allah sehingga dia selesai (dari urusannya itu). Apabila dia selesai, Allah akan menulis untuknya pahala haji dan umrah. Sesiapa yang mengunjungi seorang pesakit, Allah akan menaunginya dengan 75000 malaikat. Dia tidak mengangkat kaki melainkan akan ditulis untuknya satu kebaikan. Dia juga tidak meletakkan satu kaki melainkan akan dipadamkan satu keburukan darinya, serta diangkat satu darjat buat dirinya. Sehinggalah dia duduk di tempatnya (semasa mengunjungi pesakit). Apabila dia duduk, rahmat Allah akan menyelubunginya. Berterusanlah keadaan seperti itu sehinggalah dia beralih, iaitu sehingga perjalanannya terhenti ke rumahnya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA
  2. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 220, hadis no. 1170. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عمر وأبي هريرة - رضي الله عنهما -، قالا: ((من مشى في حاجة أخيه المسلم؛ أظله الله بخمسة وسبعين ألف ملك يدعون له، ولم يزل يخوض في الرحمة حتى يفرغ، فإذا فرغ؛ كتب الله له حجة وعمرة. ومن عاد مريضا؛ أظله الله بخمسة وسبعين ألف ملك، لا يرفع قدما إلا كتب له حسنة، ولا يضع قدما إلا حطت عنه سيئة، ورفع له بها درجة، حتى يقعد في مقعده، فإذا قعد غمرته الرحمة، ولا يزال كذلك حتى إذا أقبل حيث ينتهي إلى منزله)). [طس، ((5315)]

(Terlalu Daif) Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar dan Abu Hurairah RA keduanya berkata: Sesiapa yang berjalan dalam menunaikan hajat saudara seislamnya, Allah akan menaunginya dengan 75000 malaikat yang mendoakannya. Sentiasalah dia masuk ke dalam rahmat Allah sehingga dia selesai (dari urusannya itu). Apabila dia selesai, Allah akan menulis untuknya pahala haji dan umrah. Sesiapa yang mengunjungi seorang pesakit, Allah akan menaunginya dengan 75000 malaikat. Dia tidak mengangkat kaki melainkan akan ditulis untuknya satu kebaikan. Dia juga tidak meletakkan satu kaki melainkan akan dipadamkan satu keburukan darinya, serta diangkat satu darjat buat dirinya. Sehinggalah dia duduk di tempatnya (semasa mengunjungi pesakit). Apabila dia duduk, rahmat Allah akan menyelubunginya. Berterusanlah keadaan seperti itu sehinggalah dia beralih, iaitu sehingga perjalanannya terhenti ke rumahnya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 5315]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.