Sesiapa yang berjalan bersama suatu kaum supaya dilihat dia adalah orang yang bersaksi

TEKS BAHASA ARAB

من مشى مع قوم يرى أنه شاهد وليس بشاهد؛ فهو شاهد زور، ومن أعان ‌على ‌خصومة بغير علم؛ كان في سخط الله حتى ينزع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berjalan bersama suatu kaum supaya dilihat dia adalah orang yang bersaksi sedangkan dia bukan saksi sebenar, maka dia telah melakukan persaksian yang palsu. Dan sesiapa yang membantu sesuatu pertelingkahan tanpa ilmu, maka dia berada dalam kemurkaan Allah sehingga dia meninggalkannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 798, hadis nombor 4115. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من مشى مع قوم يرى أنه شاهد وليس بشاهد؛ فهو شاهد زور، ومن أعان ‌على ‌خصومة بغير علم؛ كان في سخط الله حتى ينزع)). [هق، ابن أبي الدنيا، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (4580)]

(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berjalan bersama suatu kaum supaya dilihat dia adalah orang yang bersaksi sedangkan dia bukan saksi sebenar, maka dia telah melakukan persaksian yang palsu. Dan sesiapa yang membantu sesuatu pertelingkahan tanpa ilmu, maka dia berada dalam kemurkaan Allah sehingga dia meninggalkannya. [Riwayat al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā, Ibn Abū al-Dunyā, al-Aṣbahānī dalam al-Taghrīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4580]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs