Sesiapa yang berjalan bersama dengan orang yang zalim

TEKS BAHASA ARAB

من مشى مع ظالم ليعينه وهو يعلم أنه ظالم فقد خرج من الإسلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berjalan bersama dengan orang yang zalim untuk menolongnya dalam keadaan dia mengetahui bahawa dia zalim maka dia telah keluar dari agama Islam.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 769, hadis nombor 3931. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أوس بن شرحبيل -رضي الله عنه – مرفوعاً: «من مشى مع ظالم ليعينه وهو يعلم أنه ظالم فقد خرج من الإسلام». [طب، «الضعيفة» (758)].

(Sangat Lemah) Daripada Aus bin Syurahbil RA secara marfu’: “Sesiapa yang berjalan bersama dengan orang yang zalim untuk menolongnya dalam keadaan dia mengetahui bahawa dia zalim maka dia telah keluar dari agama Islam.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 758]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs