Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ مشَى معَ ظالِمٍ ليُعِينَهُ وهو يعلَمُ أنَّهُ ظالِمٌ فقدْ خرجَ مِنَ الإسلامِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berjalan bersama dengan orang yang zalim untuk menolongnya dalam keadaan dia mengetahui bahawa dia zalim maka dia telah keluar dari agama Islam.
Sahabat Perawi
- Aus bin Syurahbil RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 769, hadis no. 3931. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أوس بن شرحبيل -رضي الله عنه - مرفوعاً: ((من مشى مع ظالم ليعينه وهو يعلم أنه ظالم فقد خرج من الإسلام)). [طب، ((الضعيفة)) (758)].
(Sangat Lemah) Daripada Aus bin Syurahbil RA secara marfu’: “Sesiapa yang berjalan bersama dengan orang yang zalim untuk menolongnya dalam keadaan dia mengetahui bahawa dia zalim maka dia telah keluar dari agama Islam.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 758]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman