Sesiapa yang berjalan bagi memenuhi hajat saudaranya

TEKS BAHASA ARAB

من مشى في حاجة أخيه؛ كان خيرا له من اعتكاف عشر سنين، ومن اعتكف يوما ابتغاء وجه الله؛ جعل الله بينه وبين النار ثلاثة خنادق، كل خندق أبعد مما بين الخافقين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berjalan bagi memenuhi hajat saudaranya, itu lebih baik baginya daripada beriktikaf selama sepuluh tahun. Dan sesiapa yang beriktikaf selama sehari untuk mencari reda Allah SWT, maka Allah SWT akan menjadikan di antara dirinya dengan neraka tiga parit. Setiap parit itu luasnya antara dua ufuk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 102, hadis nombor 529. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: من مشى في حاجة أخيه؛ كان خيراً له من اعتكاف عشر سنين، ومن اعتكف يوماً ابتغاء وجه الله؛ جعل الله بينه وبين النار ثلاثة خنادق، كل خندق أبعد مما بين الخافقين.
[طس، هب، ((الضعيفة)) (5345)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbās RA, daripada Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang berjalan bagi memenuhi hajat saudaranya, itu lebih baik baginya daripada beriktikaf selama sepuluh tahun. Dan sesiapa yang beriktikaf selama sehari untuk mencari reda Allah SWT, maka Allah SWT akan menjadikan di antara dirinya dengan neraka tiga parit. Setiap parit itu luasnya antara dua ufuk.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ dan al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5345]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.