Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن مَشَى في حاجةِ أخيه؛ كان خَيرًا له مِنَ اعتكافِ عَشْرِ سِنينَ، ومَنِ اعتكف يومًا ابتِغاءَ وجهِ اللهِ؛ جعل الله بينَه وبينَ النارِ ثلاثةَ خنادقَ، كُلُّ خَندَقٍ أبْعدُ مِمَّا بينَ الخافِقَيْنِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berjalan bagi memenuhi hajat saudaranya, itu lebih baik baginya daripada beriktikaf selama sepuluh tahun. Dan sesiapa yang beriktikaf selama sehari untuk mencari reda Allah SWT, maka Allah SWT akan menjadikan di antara dirinya dengan neraka tiga parit. Setiap parit itu luasnya antara dua ufuk.
Sahabat Perawi
- Ibn ‘Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 102, hadis no. 529. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: من مشى في حاجة أخيه؛ كان خيراً له من اعتكاف عشر سنين، ومن اعتكف يوماً ابتغاء وجه الله؛ جعل الله بينه وبين النار ثلاثة خنادق، كل خندق أبعد مما بين الخافقين. [طس، هب، ((الضعيفة)) (5345)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Abbās RA, daripada Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang berjalan bagi memenuhi hajat saudaranya, itu lebih baik baginya daripada beriktikaf selama sepuluh tahun. Dan sesiapa yang beriktikaf selama sehari untuk mencari reda Allah SWT, maka Allah SWT akan menjadikan di antara dirinya dengan neraka tiga parit. Setiap parit itu luasnya antara dua ufuk. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ dan al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5345]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman