Sesiapa yang berjabat tangan atau memeluk seorang hamba Allah yang soleh, Allah akan mewajibkan syurga baginya

TEKS BAHASA ARAB

من صافح عبدا صالحا أو عانقه، أوجب الله له الجنة، وكأنما صافح أركان العرش، فإن عانقه، غفرت ذنوبه، ودخل الجنة بغير حساب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berjabat tangan atau memeluk seorang hamba Allah yang soleh, Allah akan mewajibkan syurga baginya, dan perbuatan itu seakan-akan dia berjabat tangan dengan para pemikul arasy. Maka jika dia memeluknya, dosanya akan diampunkan, dan dia akan memasuki syurga tanpa hisab.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2060, hadis nombor 10349. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله ﷺ: من صافح عبدا صالحا أو عانقه، أوجب الله له الجنة، وكأنما صافح أركان العرش، فإن عانقه، غفرت ذنوبه، ودخل الجنة بغير حساب.
[فر، ((الضعيفة)) (6359)]

(Palsu)
Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berjabat tangan atau memeluk seorang hamba Allah yang soleh, Allah akan mewajibkan syurga baginya, dan perbuatan itu seakan-akan dia berjabat tangan dengan para pemikul arasy. Maka jika dia memeluknya, dosanya akan diampunkan, dan dia akan memasuki syurga tanpa hisab.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6359]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs