Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ صافحَ عبداً صالحاً أو عانقه؛ أَوْجَبَ اللهُ له الجنةَ، وكأنما صافَح أركانَ العرشِ، فإن عانقه؛ غُفِرَتْ ذنوبُه، ودخلَ الجنةَ بغيرِ حسابٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berjabat tangan atau memeluk seorang hamba Allah yang soleh, Allah akan mewajibkan syurga baginya, dan perbuatan itu seakan-akan dia berjabat tangan dengan para pemikul arasy. Maka jika dia memeluknya, dosanya akan diampunkan, dan dia akan memasuki syurga tanpa hisab.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2060, hadis no. 10349. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berjabat tangan atau memeluk seorang hamba Allah yang soleh, Allah akan mewajibkan syurga baginya, dan perbuatan itu seakan-akan dia berjabat tangan dengan para pemikul arasy. Maka jika dia memeluknya, dosanya akan diampunkan, dan dia akan memasuki syurga tanpa hisab. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6359]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman