Sesiapa yang beristighfar untuk kaum mukmin

TEKS BAHASA ARAB

من استغفر للمؤمنين؛ رد الله عليه من آدم فما دونه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang beristighfar untuk kaum mukmin, maka Allah SWT akan mengembalikan (pahala istighfar) kepadanya semenjak dari Adam AS dan generasi seterusnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 115, hadis nombor 594. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أنس بن مالك – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم: من استغفر للمؤمنين؛ رد الله عليه من آدم فما دونه.
[تخ، عق، ((الضعيفة)) (5976)]

(Munkar)
Daripada Anas ibn Mālik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang beristighfar untuk kaum mukmin, maka Allah SWT akan mengembalikan (pahala istighfar) kepadanya semenjak dari Adam AS dan generasi seterusnya.
[Riwayat al-Bukhārī dalam al-Tārīkh al-Kabīr dan al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5976]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs