Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من كان يؤمنُ باللهِ ورسولِه؛ فلْيؤدِّ زكاةَ مالهِ، ومن كان يؤمنُ باللهِ ورسولِهِ؛ فلْيقلْ حقًّا أوْ لِيسكتْ، ومن كان يؤمنُ باللهِ ورسولِهِ ؛ فلْيُكرِمْ ضيفَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya maka tunaikanlah zakat hartanya, sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sebutkanlah yang benar atau dia (sepatutnya) berdiam diri, sesiapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, maka muliakanlah tetamunya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 893, hadis no. 4581. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر -رضي الله عنه- يقول: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((من كان يؤمن بالله ورسوله؛ فليؤد زكاة ماله، ومن كان يؤمن بالله ورسوله؛ فليقل حقا أو ليسكت، ومن كان يؤمن بالله ورسوله؛ فليكرم ضيفه)). [طب، ((الضعيفة)) (5288)].
(Sangat lemah) Daripada Ibn Umar RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya maka tunaikanlah zakat hartanya, sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sebutkanlah yang benar atau dia (sepatutnya) berdiam diri, sesiapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, maka muliakanlah tetamunya.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5288].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman