Sesiapa yang beriman dengan Allah SWT dan juga hari akhirat maka janganlah dia menakut-nakutkan seorang muslim

TEKS BAHASA ARAB

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يروعن مسلماً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang beriman dengan Allah SWT dan juga hari akhirat maka janganlah dia menakut-nakutkan seorang muslim.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 59, hadis nombor 261. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سليمان بن صرد – رضي الله عنه – أن أعربياً صلى مع النبي – صلى الله عليه وسلم – ومعه قرن، فأخذها بعض القوم، فلما سلم النبي – صلى الله عليه وسلم – قال الأعرابي: أين القرن؟ فكأن بعض القوم ضحك! فقال النبي – صلى الله عليه وسلم: ((من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يروعن مسلماً)). [طب، ((الضعيفة)) (3003)].

(Lemah)
Daripada Sulaymān ibn Ṣurod RA: Seorang Badwi menunaikan solat bersama Nabi SAW dan terdapat tanduk bersamanya. Lalu sebahagian orang mengambilnya. Sebaik sahaja Nabi SAW selesai memberi salam, Arab Badwi itu telah berkata: ‘’Di manakah tanduk (milikku)?” Maka seolah-olah sebahagian orang tadi ketawa. Maka Nabi SAW telah bersabda: ((Sesiapa yang beriman dengan Allah SWT dan juga hari akhirat maka janganlah dia menakut-nakutkan seorang muslim.))
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3003].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs