Sesiapa yang berhijab daripada manusia, maka dia tidak akan dihijab daripada neraka

TEKS BAHASA ARAB

من احتجب عن الناس؛ لم يحجب عن النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berhijab daripada manusia, maka dia tidak akan dihijab daripada neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 844, hadis nombor 4328. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن رباح، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من احتجب عن الناس؛ لم يحجب عن النار)).
[ابن منده، ((الضعيفة)) (5216)]

(Lemah) Daripada Rabāḥ berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berhijab daripada manusia, maka dia tidak akan dihijab daripada neraka.
[Riwayat Ibn Mandah dalam Mu’jam al-Saḥābah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5216]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs