Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن احْتَجَبَ عن الناسِ؛ لم يُحْجَبْ عن النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berhijab daripada manusia, maka dia tidak akan dihijab daripada neraka.
Sahabat Perawi
- Rabah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 844, hadis no. 4328. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن رباح، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من احتجب عن الناس؛ لم يحجب عن النار)). [ابن منده، ((الضعيفة)) (5216)]
(Lemah) Daripada Rabāḥ berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berhijab daripada manusia, maka dia tidak akan dihijab daripada neraka. [Riwayat Ibn Mandah dalam Mu’jam al-Saḥābah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5216]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman