TEKS BAHASA ARAB
من تزين بعمل الآخرة وهو لا يريدها ولا يطلبها لعن في السموات والأرض.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang berhias dengan amalan akhirat sedangkan dia tidak pun mencari akhirat dan tidak pun mahukan akhirat, dia dilaknat di langit dan bumi.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 73, hadis nombor 417. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Isma’il bin Yahya al-Taimi, beliau seorang pendusta.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.