Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ حجَّ البيتَ ولمْ يزرْنِي فقدْ جَفانِي.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berhaji di Baitullah dan tidak menziarahiku, maka dia telah bersikap kasar terhadapku.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 727, hadis no. 3709. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((من حج البيت ولم يزرني فقد جفاني)) [ابن حبان في ((المجروحين))، عد، ابن الجوزي في ((الموضوعات))، ((الضعيفة)) (45)]
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berhaji di Baitullah dan tidak menziarahiku, maka dia telah bersikap kasar terhadapku. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Majruhin, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan Ibn al-Jauzi dalam al-Maudu'at. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 45]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman