Daif tetapi terdapat riwayat sokongan
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ كَانَتْ لَهُ حَاجَةٌ إِلَى اللَّهِ أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ بَنِي آدَمَ فَلْيَتَوَضَّأْ فَلْيُحْسِنِ الْوُضُوءَ ثُمَّ لِيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ لِيُثْنِ عَلَى اللَّهِ وَلْيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ لِيَقُلْ لَا إِلَهَ إِلا اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبُّ الْعَالَمِينَ أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلامَةَ من إِثْم لَا تدع لِي ذَنْبًا إِلا غَفَرْتَهُ وَلا هَمًّا إِلا فَرَّجْتَهُ وَلا حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلا قَضَيْتَهَا يَا أرْحم الرَّاحِمِينَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berhajat (yang diingini) kepada Allah atau kepada mana-mana anak Adam, maka ambillah wuduk dan sempurnakan wuduk tersebut. Kemudian tunaikan solat dua rakaat, kemudiannya pujilah Allah dan lafazkan selawat ke atas Nabi SAW kemudian ucapkan ‘Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Lembut lagi Maha Pemurah. Maha Suci Allah Tuhan bagi Arasy yang Agung. Segala Puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Aku meminta dengan rahmat-Mu, pengampunan-Mu dan pemberian daripada segala kebaikan dan keselamatan daripada dosa. Jangan Engkau tinggalkan aku dengan dosa melainkan Engkau ampunkannya. Begitu juga dengan kekusutan melainkan Engkau lepaskan aku daripadanya. Tiada hajat yang Engkau redai melainkan Engkau akan tunaikan. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Daif tetapi terdapat riwayat sokongan
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 50. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
في اللآلئ عن عبد الله بن أبي أوفى من كانت له حاجة إلى الله أو إلى أحد من بني آدم فليتوضأ فليحسن الوضوء ثم ليصل ركعتين ليثن على الله وليصل على النبي صلى الله عليه وسلم ثم ليقل لا إله إلا الله الحليم الكريم سبحان الله رب العرش العظيم الحمد لله رب العالمين أسألك موجبات رحمتك وعزائم مغفرتك والغنيمة من كل بر والسلامة من إثم لا تدع لي ذنبا إلا غفرته ولا هما إلا فرجته ولا حاجة هي لك رضا إلا قضيتها يا أرحم الراحمين. قال الترمذي هذا حديث غريب وفيه فائد يضعف في الحديث، وقال أحمد متروك قلت أخرجه الحاكم في المستدرك وقال أبو الورقاء فائد مستقيم، وفي الوجيز وله شاهد عن أنس للطبراني وفيه عباد بن عبد الصمد ضعيف، وللديلمي وفيه أبو هاشم ضعيف وشاهد عن أبي الدرداء بسند حسن لأحمد: اللآلئ وذلك الشاهد الذي لأحمد بلفظ من توضأ فاسبغ وضوءه ثم صلى ركعتين يتمهما إلا أعطاه الله ما سأله معجلا أو مؤخرا. أخرجه أحمد والشاهد الذي للديلمي وعن أنس بلفظ ركعتان بآية الكرسي في الأولى وآمن الرسول في الثانية ثم يدعو بعد السلام اللهم يا مؤنس كل وحيد ويا صاحب كل فريد ويا قريبا غير بعيد ويا شاهدا غير غائب ويا غالبا غير مغلوب يا حي يا قيوم يا ذا الجلال والإكرام يا بديع السموات والأرض أسألك باسمك الرحمن الرحيم الحي القيوم الذي عنت له الوجوه وخشعت له ووجلت له القلوب من خشيته أن تصلي على محمد وعلى آل محمد وأن تفعل بي كذا فإنه يقضي حاجته.
Dalam kitab al-La’ali: Daripada Abdullah Bin Abu Awfa: “Sesiapa yang berhajat (yang diingini) kepada Allah atau kepada mana-mana anak Adam, maka ambillah wuduk dan sempurnakan wuduk tersebut. Kemudian tunaikan solat dua rakaat, kemudiannya pujilah Allah dan lafazkan selawat ke atas Nabi SAW kemudian ucapkan ‘Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Lembut lagi Maha Pemurah. Maha Suci Allah Tuhan bagi Arasy yang Agung. Segala Puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Aku meminta dengan rahmat-Mu, pengampunan-Mu dan pemberian daripada segala kebaikan dan keselamatan daripada dosa. Jangan Engkau tinggalkan aku dengan dosa melainkan Engkau ampunkannya. Begitu juga dengan kekusutan melainkan Engkau lepaskan aku darinya. Tiada hajat yang Engkau redai melainkan Engkau akan tunaikan. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.” al-Tirmizi berkata: Hadith ini adalah hadith gharib. Di dalam sanadnya terdapat Faid. Beliau adalah seorang perawi yang dinilai daif. Imam Ahmad dan lain-lain menilainya sebagai perawi matruk. Aku katakan: al-Hakim meriwayatkan hadith ini dalam kitab al-Mustadrak dan beliau berkata bahawa Abu al-Warqa’ Faid adalah perawi yang mustaqim (baik). Dalam kitab al-Wajiz menyebut: Hadith ini mempunyai syahid (riwayat sokongan) daripada Anas yang diriwayatkan oleh al-Tabarani. Di dalam sanadnya terdapat Ibad Bin Abd al-Samad. Beliau adalah perawi yang daif. Ia juga diriwayatkan oleh al-Dailami dan di dalam sanadnya terdapat Abu Hasyim. Beliau adalah perawi yang daif. Hadith ini juga mempunyai syahid daripada Abu Darda’ dengan sanad yang hasan yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Dalam kitab al-La’ali menyebut: Syahid (riwayat sokongan) tersebut yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Lafaznya adalah: “Sesiapa yang mengambil wuduk dan menyempurnakan wuduknya kemudian menunaikan solat dua rakaat dalam keadaan sempurna, Allah akan memberinya apa yang dia minta sama ada cepat atau lambat.” Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Syahid yang diriwayatkan oleh al-Dailami daripada Anas lafaznya adalah: “Solat dua rakaat yang dibaca ayat Kursi pada rakaat pertama dan ayat آمن الرَّسُول pada rakaat kedua. Kemudian dia berdoa selepas memberi salam: Wahai Allah yang menjinakkan setiap sesuatu. Wahai pemilik segala perkara. Wahai Tuhan Yang Maha Dekat yang tidak jauh. Yang nyata bukan yang tersembunyi, Yang Maha Mengalahkan bukan dikalahkan. Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri. Wahai Tuhan pemilik keagungan dan kemuliaan. Wahai Tuhan Yang Maha Menciptakan langit dan bumi. Aku meminta dengan nama-Mu yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang Maha Hidup, Yang Maha Gagah yang kesemuanya tertumpu kepada-Nya. Yang menyebabkan bergetarnya hati kerana takutkan-Nya. Berilah rahmat kepada Muhammad dan ahli keluarga baginda. Lakukanlah akanku sekian sekian. Maka nanti Allah akan tunaikan hajatnya.”
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman