Sesiapa yang bergaul dengan orang ramai dan tidak menzalimi mereka

TEKS BAHASA ARAB

من عامل الناس فلم يظلمهم، وحدثهم فلم يكذبهم، ووعدهم فلم يخلفهم؛ فهو مؤمن، كملت مروءته، وظهرت عدالته، ووجبت أخوته، وحرمت غيبته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang bergaul dengan orang ramai dan tidak menzalimi mereka, berbicara dengan mereka dan tidak menipu mereka, berjanji dengan mereka dan tidak memungkiri janji kepada mereka, maka dia merupakan seorang mukmin, yang telah sempurna peribadinya, zahir sifat keadilannya, dan wajib persaudaraan dengannya, dan haram mengumpatnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 59, hadis nombor 258. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من عامل الناس فلم يظلمهم، وحدثهم فلم يكذبهم، ووعدهم فلم يخلفهم؛ فهو مؤمن، كملت مروءته، وظهرت عدالته، ووجبت أخوته، وحرمت غيبته)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، القضاعي، ((الضعيفة)) (3228)].

(Palsu)
Daripada ‘Alī ibn Abū Ṭālib RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesiapa yang bergaul dengan orang ramai dan tidak menzalimi mereka, berbicara dengan mereka dan tidak menipu mereka, berjanji dengan mereka dan tidak memungkiri janji kepada mereka, maka dia merupakan seorang mukmin, yang telah sempurna peribadinya, zahir sifat keadilannya, dan wajib persaudaraan dengannya, dan haram mengumpatnya.))
[Riwayat Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān, dan al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3228].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs