Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من عاملَ الناسَ فلم يظلِمْهم، وحدَّثَهم فلم يكذِبْهم، ووعدَهم فلم يُخْلفْهم؛ فهو مؤمنٌ، كمُلَتْ مُروءتُهُ، وظهَرَتْ عدالتُهُ، ووجبتْ أخوَّتُه، وحرُمَتْ غِيبتُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang bergaul dengan orang ramai dan tidak menzalimi mereka, berbicara dengan mereka dan tidak menipu mereka, berjanji dengan mereka dan tidak memungkiri janji kepada mereka, maka dia merupakan seorang mukmin, yang telah sempurna peribadinya, zahir sifat keadilannya, dan wajib persaudaraan dengannya, dan haram mengumpatnya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 59, hadis no. 258. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي بن أبي طالب - رضي الله عنه - مرفوعا: ((من عامل الناس فلم يظلمهم، وحدثهم فلم يكذبهم، ووعدهم فلم يخلفهم؛ فهو مؤمن، كملت مروءته، وظهرت عدالته، ووجبت أخوته، وحرمت غيبته)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، القضاعي، ((الضعيفة)) (3228)].
(Palsu) Daripada ‘Alī ibn Abū Ṭālib RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesiapa yang bergaul dengan orang ramai dan tidak menzalimi mereka, berbicara dengan mereka dan tidak menipu mereka, berjanji dengan mereka dan tidak memungkiri janji kepada mereka, maka dia merupakan seorang mukmin, yang telah sempurna peribadinya, zahir sifat keadilannya, dan wajib persaudaraan dengannya, dan haram mengumpatnya.)) [Riwayat Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān, dan al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3228].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman