Sesiapa yang berdusta atas nama ibu bapanya, atau namaku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من كذب على والديه أو علي لم يرح رائحة الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berdusta atas nama ibu bapanya, atau namaku, dia tidak akan dapat menghidu bau syurga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1072, hadis nombor 5460. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أوس بن أوس رضي الله عنه مرفوعًا: من كذب على والديه أو علي لم يرح رائحة الجنة. [تخ، الضعيفة (5079)]

(Munkar) Daripada Aws bin Aws RA, secara marfu‘ daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Sesiapa yang berdusta atas nama ibu bapanya, atau namaku, dia tidak akan dapat menghidu bau syurga. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5079]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.