Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من كذبَ علَى والدَيهِ أو علَيَّ لم يرَحْ رائحةَ الجنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berdusta atas nama ibu bapanya, atau namaku, dia tidak akan dapat menghidu bau syurga.
Sahabat Perawi
- Aws bin Aws RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1072, hadis no. 5460. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أوس بن أوس رضي الله عنه مرفوعًا: من كذب على والديه أو علي لم يرح رائحة الجنة. [تخ، الضعيفة (5079)]
(Munkar) Daripada Aws bin Aws RA, secara marfu‘ daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Sesiapa yang berdusta atas nama ibu bapanya, atau namaku, dia tidak akan dapat menghidu bau syurga. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5079]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman