Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang berdoa dengan menyebut nama ini

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: من دَعَا بِهَذِهِ الْأَسْمَاء: اللَّهُمَّ أَنْت حَيّ لَا تَمُوت، وغالب لَا تغلب، وبصير لَا ترتاب، وَسميع لَا تشك، وصادق لَا تكذب، وصمد لَا تطعم، وعالم لَا تعلم إِلَى أَن قَالَ: فوالذي بَعَثَنِي بِالْحَقِّ لَو دعِي بِهَذِهِ الدَّعْوَات على صَفَائِح الْحَدِيد لذابت، أَو على مَاء جَار لسكن، وَمن دَعَا عِنْد مَنَامه بهَا بعث بِكُل حرف مِنْهَا سَبْعمِائة ألف ملك يسبحون لَهُ وَيَسْتَغْفِرُونَ لَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sesiapa yang berdoa dengan menyebut nama ini: Ya Allah Engkau adalah Zat Yang Maha Hidup dan tidak mati, Engkau al-Ghalib (yang Maha Mengalahkan) dan tidak dikalahkan, Engkau Maha Melihat dan tidak ragu-ragu. Engkau Maha Mendengar dan tidak diragui, Engkau Maha Benar dan tidak berdusta, Engkau adalah tempat bergantung dan tidak diberi makan, Engkau Maha Mengetahui dan tidak diajar. sehingga perkataan Nabi: Maka demi Zat yang telah mengutusku dengan kebenaran, seandainya dipohon dengan menyebutkan doa-doa di atas pinggan-pinggan besi, nescaya ia akan cair dan seandainya dipohon dengan menyebutkan doa-doa di atas air yang mengalir nescaya ia akan tenang. Sesiapa yang berdoa dengan doa ini ketika tidur akan diutus kepadanya daripada tiap-tiap hurufnya 700,000 malaikat yang bertasbih kepadanya dan meminta ampun untuknya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 181, hadis no. 561. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع، قال ابن قيم الجوزية: رواه ابن مندة وغيره من حديث أحمد بن عبد الله الجويباري الكذاب، عن شقيق، عن إبراهيم عن أدهم، عن يزيد، عن أويس القرني، عن عمر وعلي مرفوعا. وتابعه كذاب آخر سليمان بن عيسى، عن الثوري، عن ابن أدهم، وهذا وأمثاله مما لا يرتاب من له أدنى معرفة بالنبي صلى الله عليه وسلم وكلامه أنه موضوع مختلق وإفك مفترى عليه. انتهى.

Palsu. Ibn Qayyim al-Jawziyyah berkata: Ibn Mandah dan lain-lain telah meriwayatkan melalui hadis Ahmad bin 'Abdullah al-Juwaibari si pendusta daripada Syaqiq daripada Ibrahim daripada Adham daripada Yazid daripada Uwais al-Qarani daripada 'Umar dan 'Ali secara marfu'. Ahmad al-Juwaibari disokong oleh pendusta yang lain, iaitu Sulaiman bin 'Isa daripada al-Tauri daripada Ibn Adham dan hadis ini serta hadis semisalnya adalah termasuk hadis yang tidak diragui lagi oleh orang yang mempunyai serendah-rendah pengetahuan terhadap Nabi SAW serta ucapan Baginda bahawa ia adalah palsu, rekaan dan suatu pendustaan yang diada-adakan atas nama Baginda. Tamat.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.