Sesiapa yang bercita-cita untuk hidup seperti hidupku, mati seperti kematianku dan dapat menghuni syurga abadi

TEKS BAHASA ARAB

من أحب أن يحيا حياتي، ويموت موتتي، ويسكن جنة الخلد التي وعدني ربي -عز وجل-، غرس قضبانها بيديه، فليتول علي بن أبي طالب، فإنه لن يخرجكم من هدى، ولن يدخلكم في ضلالة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang bercita-cita untuk hidup seperti hidupku, mati seperti kematianku dan dapat menghuni syurga abadi yang Tuhanku ‘Azza wa Jalla janjikan kepadaku, yang dahannya Dia tanam dengan tanganNya. Setialah pada ‘Ali bin Abu Talib (sebagai pemimpin). Sesungguhnya dia tidak akan mengeluarkan kamu dari jalan hidayah dan tidak akan menjerumuskan kamu dalam kesesatan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1788, hadis nombor 9009. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن زيد بن أرقم – رضي الله عنه-، قال: قال رسول اللہ ﷺ: «من أحب أن يحيا حياتي، ويموت موتتي، ويسكن جنة الخلد التي وعدني ربي -عز وجل-، غرس قضبانها بيديه، فليتول علي بن أبي طالب، فإنه لن يخرجكم من هدى، ولن يدخلكم في ضلالة». [حل، ك طب، ابن شاهين في «السنة»، «الضعيفة» (892)].

(Palsu) Daripada Zaid bin Arqam RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bercita-cita untuk hidup seperti hidupku, mati seperti kematianku dan dapat menghuni syurga abadi yang Tuhanku ‘Azza wa Jalla janjikan kepadaku, yang dahannya Dia tanam dengan tanganNya. Setialah pada ‘Ali bin Abu Talib (sebagai pemimpin). Sesungguhnya dia tidak akan mengeluarkan kamu dari jalan hidayah dan tidak akan menjerumuskan kamu dalam kesesatan.” [Riwayat Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’, al-Hakim, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn Syahin dalam al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 892]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.