Sesiapa yang bercakap tentang sesuatu hadis lalu dia bersin

TEKS BAHASA ARAB

من حدث حديثا، فعطس عنده، فهو حق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang bercakap tentang sesuatu hadis lalu dia bersin ketika itu, maka dia merupakan seorang yang benar.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 171, hadis nombor 853. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: من حدث حديثا، فعطس عنده، فهو حق.
[تمام في ((الفوائد))، الحكيم، طس، ((الضعيفة)) (136)]

(Batil)
Daripada Abu Hurairah – Raḍiyallāhu ‘anhu – secara Marfu’: Maksudnya: Sesiapa yang bercakap tentang sesuatu hadis lalu dia bersin ketika itu maka dia merupakan seorang yang benar.
[Riwayat Tammam dalam al-Fawaid, al-Hakim dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 136]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs