Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن حَدَّث حديثًا، فعُطِسَ عندَه، فهو حَقٌّ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang bercakap tentang sesuatu hadis lalu dia bersin ketika itu, maka dia merupakan seorang yang benar.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 171, hadis no. 853. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: من حدث حديثا، فعطس عنده، فهو حق. [تمام في ((الفوائد))، الحكيم، طس، ((الضعيفة)) (136)]
(Batil) Daripada Abu Hurairah - Raḍiyallāhu ‘anhu - secara Marfu’: Maksudnya: Sesiapa yang bercakap tentang sesuatu hadis lalu dia bersin ketika itu maka dia merupakan seorang yang benar. [Riwayat Tammam dalam al-Fawaid, al-Hakim dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 136]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman