Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang bercakap dalam masjid

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: من تكلم بِكَلَام الدُّنْيَا فِي الْمَسْجِد أحبط الله عمله أَرْبَعِينَ سنة.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sesiapa yang bercakap dalam masjid tentang urusan dunia, maka Allah akan hapuskan amalannya 40 tahun.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 178, hadis no. 549. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.

Palsu.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.