Sesiapa yang berbuka puasa tanpa sebab yang dibenarkan dalam bulan Ramadan

TEKS BAHASA ARAB

من أفطر يوما من رمضان فمات قبل أن يقضيه فعليه بكل يوم مد لمسكين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berbuka puasa tanpa sebab yang dibenarkan dalam bulan Ramadan, lalu dia mati dan tidak sempat untuk menggantikannya, maka dia perlu memberi makan orang miskin dengan kadar secupak pada setiap hari yang ditinggalkan itu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1144, hadis nombor 5786. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: من أفطر يوماً من رمضان فمات قبل أن يقضيه؛ فعليه بكل يوم مد لمسكين. [حل، الضعيفة (4557)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berbuka puasa tanpa sebab yang dibenarkan dalam bulan Ramadan, lalu dia mati dan tidak sempat untuk menggantikannya, maka dia perlu memberi makan orang miskin dengan kadar secupak pada setiap hari yang ditinggalkan itu. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4557].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs