Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ أفطرَ يَوْماً من رمضانَ، فمَاتَ قَبْلَ أَنْ يَقْضيهَ؛ فعَلَيْهِ بكلِّ يومٍ مُدٌُ لمسكينٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berbuka puasa tanpa sebab yang dibenarkan dalam bulan Ramadan, lalu dia mati dan tidak sempat untuk menggantikannya, maka dia perlu memberi makan orang miskin dengan kadar secupak pada setiap hari yang ditinggalkan itu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1144, hadis no. 5786. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: من أفطر يوماً من رمضان فمات قبل أن يقضيه؛ فعليه بكل يوم مد لمسكين. [حل، الضعيفة (4557)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berbuka puasa tanpa sebab yang dibenarkan dalam bulan Ramadan, lalu dia mati dan tidak sempat untuk menggantikannya, maka dia perlu memberi makan orang miskin dengan kadar secupak pada setiap hari yang ditinggalkan itu. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4557].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman