Sesiapa yang berbuka puasa sehari pada bulan ramadhan

TEKS BAHASA ARAB

مَنْ أَفْطَرَ يَوْماً مِنْ رَمَضَانَ فِي غَيْرِ رُخْصَةٍ رَخَّصَهَا اللهُ لَهُ، لَمْ يَقْضِ عَنْهُ صِيَامُ الدَّهْرِ كُلُّهُ، وَإِنْ صَامَهُ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Sesiapa yang berbuka puasa sehari pada bulan ramadhan tanpa adanya rukhshah yang telah diberikan oleh Allah, maka puasanya setahun penuh yang dia lakukan tidak akan dapat mengqadhakan (pahala sehari berpuasa di bulan ramadhan)”.

STATUS

Dhaif (lemah).

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Kata Syeikh Ihsan bin Muhamad bin ’Ayis al-Utaibi,

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

  • Imam Al-Tirmizi di dalam kitab Sunannya, jilid 3, m/s 92.
  • Imam Ahmad di dalam Musnadnya, jilid 16, m/s 101.
  • Imam Ibnu Iraq Al-Kanani di dalam kitabnya Tanzih al-Syari’ah, jilid 2, m/s 148.
  • Imam Al-Munziri di dalam kitabnya Al-Targhib wa Al-Tarhib, jilid 2, m/s 74.

    KETERANGAN ULAMA HADIS:

  • Sheikh Syu’aib al-Arnouth menyatakan hadis ini dhaif kerana pada sanadnya ada Al-Mutawwus dan ayahnya yang tidak dikenali.
  • Sheikh Husain Salim Asad Al-Darani menyatakan sanad hadis ini dhaif.
  • Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini juga dhaif.
RUJUKAN
MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil kerja pasukan sukarelawan Semakhadis.com untuk memasukkan hasil kajian Syeikh Ihsan Al-‘Utaibi terjemahan Ustaz Mustafar Suki. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat mereka. Aamiin! Ingin jadi sukarelawan semakhadis.com? Hubungi kami di admin@semakhadis.com

Mohon laporkan kepada kami (admin@semakhadis.com) jika terdapat sebarang kesilapan.