Tidak Sabit

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang berbuka puasa sehari dalam bulan Ramadhan tanpa rukhsah dan keuzuran

Teks Bahasa Arab

حديث: من أفطر يوما من رمضان من غير رخصة ولا عذر كان عليه أن يصوم ثلاثين يوما ومن أفطر يومين كان عليه ستون ومن أفطر ثلاثا كان عليه تسعون يوما.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang berbuka puasa sehari dalam bulan Ramadhan tanpa rukhsah dan keuzuran maka hendaklah dia menggantikan dengan berpuasa 30 hari, sesiapa yang berbuka puasa dua hari maka hendaklah dia menggantikan 60 hari, dan sesiapa yang berbuka puasa tiga hari maka hendaklah dia menggantikannya dengan 90 hari.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Tidak Sabit

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 94, hadis no. 27. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الدارقطني عن أنس مرفوعا ولا يثبت، عمر بن أيوب الموصلي: لا يحتج به، ومحمد بن صبيح ليس بشيء. ورواه بإسناد آخر فيه: مندل بن علي، ضعيف، ورواه ابن عساكر.

Al-Daraqutni meriwayatkan daripada Anas secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) akan tetapi tidak sabit, Umar bin Ayyub al-Musili ulama tidak berhujah dengannnya, Muhammad bin Subaih perawi laysa bisyai’ (daif). Al-Daraqutni juga meriwayatkan dengan sanad yang lain padanya perawi bernama Mandal bin Ali, seorang yang daif. Ibn Asakir turut meriwayatkan hadith ini.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.