Sesiapa yang berbuat baik kepada ibu bapanya, beruntunglah dia

TEKS BAHASA ARAB

من بر والديه؛ طوبى له، زاد الله في عمره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berbuat baik kepada ibu bapanya, beruntunglah dia. Allah akan menambahkan umurnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 88, hadis nombor 438. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن معاذ الجهني -رضي الله عنه- مرفوعاً: من بر والديه؛ طوبى له، زاد الله في عمره.
[ابن وهب في ((الجامع))، البخاري في ((الأدب المفرد)، أبو يعلى في ((المفاريد)) و((المسند))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، الحاكم، الواحدي، ((الضعيفة)) (4567)]

(Lemah)
Daripada Mu‘adh al-Juhanī RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berbuat baik kepada ibu bapanya, beruntunglah dia. Allah akan menambahkan umurnya.
[Riwayat Ibn Wahb dalam al-Jāmi’, al-Bukhārī dalam al-Adab al-Mufrad, Abū Ya‘lā dalam al-Mafārīd dan juga al-Musnad, Abū Nu‘aym dalam Akhbār Asbahān, al-Hākim serta al-Wāhidī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4567]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs