Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من برَّ والدَيه؛ طوبى لهُ، زاد اللهُ في عمُرهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berbuat baik kepada ibu bapanya, beruntunglah dia. Allah akan menambahkan umurnya.
Sahabat Perawi
- Mu‘az al-Juhanī RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 88, hadis no. 438. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ الجهني -رضي الله عنه- مرفوعاً: من بر والديه؛ طوبى له، زاد الله في عمره. [ابن وهب في ((الجامع))، البخاري في ((الأدب المفرد)، أبو يعلى في ((المفاريد)) و((المسند))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، الحاكم، الواحدي، ((الضعيفة)) (4567)]
(Daif) Daripada Mu‘adh al-Juhanī RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berbuat baik kepada ibu bapanya, beruntunglah dia. Allah akan menambahkan umurnya. [Riwayat Ibn Wahb dalam al-Jāmi’, al-Bukhārī dalam al-Adab al-Mufrad, Abū Ya‘lā dalam al-Mafārīd dan juga al-Musnad, Abū Nu‘aym dalam Akhbār Asbahān, al-Hākim serta al-Wāhidī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4567]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman