Sesiapa yang berbohong ke atas nabinya atau atas kedua matanya (berbohong dalam mendakwa dia bermimpi)

TEKS BAHASA ARAB

من كذب على نبيه أو على عينيه أو على والديه لم يرح رائحة الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berbohong ke atas nabinya, atas kedua matanya (berbohong dalam mendakwa dia bermimpi), atau ke atas ibu bapanya, maka dia tidak akan menghidu bau syurga.

STATUS

Munkar Dengan Sebutan al-Wālidayn

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 135, hadis nombor 677. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر الوالدين) عن أوس بن أوس رضي الله عنه قال: قال رسول اللہ ﷺ: من كذب على نبيه أو على عينيه أو على والديه لم يرح رائحة الجنة. [نح، طب، عد، الخرائطي في مساوئ الأخلاق، الضعيفة (6303)].

(Munkar Dengan Sebutan al-Wālidayn) Daripada ‘Aws ibn ‘Aws RA telah berkata: Sesiapa yang berbohong ke atas nabinya, atas kedua matanya (berbohong dalam mendakwa dia bermimpi), atau ke atas ibu bapanya, maka dia tidak akan menghidu bau syurga. [Diriwayatkan oleh al-Bukhārī dalam al-Tārīkh al-Kabīr, al-Kharā’iṭī dalam Masawi’ al-Akhlāq, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6303)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs