Munkar Dengan Sebutan Kedua-Dua Ibubapanya

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang berbohong ke atas nabinya atau atas kedua matanya (berbohong dalam mendakwa dia bermimpi)

Teks Bahasa Arab

مَنْ كَذَبَ عَلَى نَبِيِّهِ، أَوْ عَلَى عَيْنَيْهِ، أَوْ عَلَى وَالِدَيْهِ، لَمْ يُرَحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang berbohong ke atas nabinya, atas kedua matanya (berbohong dalam mendakwa dia bermimpi), atau ke atas kedua-dua ibu bapanya, maka dia tidak akan menghidu bau syurga.

Sahabat Perawi

  1. Aws bin ‘Aws RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar Dengan Sebutan Kedua-Dua Ibubapanya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 135, hadis no. 677. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر الوالدين) عن أوس بن أوس رضي الله عنه قال: قال رسول اللہ ﷺ: من كذب على نبيه أو على عينيه أو على والديه لم يرخ رائحة الجنة. [نح، طب، عد، الخرائطي في مساوئ الأخلاق، الضعيفة (6303)].

(Munkar Dengan Sebutan Kedua-Dua Ibubapanya) Daripada ‘Aws ibn ‘Aws RA telah berkata: Sesiapa yang berbohong ke atas nabinya, atas kedua matanya (berbohong dalam mendakwa dia bermimpi), atau ke atas kedua-dua ibu bapanya, maka dia tidak akan menghidu bau syurga. [Riwayat al-Bukhārī dalam al-Tārīkh al-Kabīr, al-Kharā’iṭī dalam Masawi’ al-Akhlāq, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6303)]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.