Sesiapa yang berbohong ke atas ibu bapanya atau ke atasku

TEKS BAHASA ARAB

من كذب على والديه أو علي؛ لم يرح رائحة الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berbohong ke atas ibu bapanya atau ke atasku, dia tidak akan mencium bau syurga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 101, hadis nombor 524. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أوس بن أوس -رضي الله عنه- مرفوعاً: من كذب على والديه أو عليّ؛ لم يرح رائحة الجنة.
[تخ، ((الضعيفة)) (5079)]

(Munkar)
Daripada Aws ibn Aws RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berbohong ke atas ibu bapanya atau ke atasku, dia tidak akan mencium bau syurga.
[Riwayat al-Bukhārī dalam al-Tārīkh al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5079]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs